Assalamuálaikum dan Selamat Datang ke laman sesawang ini.
Anda telah diperkenalkan kepada Portal Pembelajaran OLL . Bagi memenuhi keperluan pembelajaran secara atas talian, para pelajar diminta membangunkan laman sesawang pembelajaran menggunakan education.weebly.com. Para pelajar akan dipandu secara demo dan amali dalam penghasilan laman ini.
Sebagai lanjutan daripada aktiviti melalui Portal Pembelajaran, para pelajar juga dikehendaki menyediakan e-folio dengan menggunakan education.weebly.com.
Diharap para pelajar PPG akan mendalami sistem-sistem yang diperkenalkan dalam semester ini dan menggunapakai secara optimum bagi memastikan penguasaan dan pengajaran kemahiran abad 21 kepada murid-murid anda kelak.